MASJID AN-NUR LARKIN SENTRAL MASJID AN-NUR LARKIN SENTRAL

 PENGENALAN


        Dibina pada 2008 dengan kos RM1.5 juta dengan kapasiti 700 jemaah dalam satu masa. Keluasannya adalah 7,373 kaki persegi. Solat Jumaat pertama telah dilakukan pada 12 Disember 2008. Masjid ini terletak di tingkat 3 Terminal Bas Larkin Sentral.  Masjid ini dibina oleh Johor Corporation melalui projek naik taraf fasa kedua terminal tersebut. Ia dimanfaatkan oleh komuniti di kawasan berhampiran termasuk pengunjung terminal dan para peniaga. Ia juga unik kerana terletak dalam kompleks pengangkutan awam.