MASJID AN-NUR KOTARAYA MASJID AN-NUR KOTARAYA

 PENGENALAN


        Dibina pada 1991 dengan kos RM500,000. Kini masjid telah dinaiktaraf untuk menampung sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa. Solat Jumaat pertama telah dilakukan pada 17 Januari 1992. Ia dibina serentak dengan Plaza Kotaraya, Johor Bahru dan terletak di tingkat 2 & 3 kompleks tersebut.  Ia adalah masjid pertama di Malaysia yang dibina oleh Johor Corporation dalam kompleks beli-belah. Berperanan memberi kemudahan beribadah kepada peniaga, pengunjung Plaza Kotaraya (kini Galleria@Kotaraya) dan juga masyarakat sekelilingnya.