Laman Utama / Sejarah


        Bermula tahun 1989, Johor Corporation telah membina 5 buah masjid di kawasan pembangunannya, iaitu di Pasir Gudang dan Johor Bahru Kesemua masjid itu diuruskan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Masjid kekal relevan sebagai keperluan utama masyarakat Islam di sesebuah kawasan. 

      Oleh itu, WANCorp terus memacu ke arah pemantapan dan kecemerlangan di masjid-masjidnya. Usaha itu mula menampakkan perkembangan positif yang merangkumi program peningkatan anggota pekerja masjid, dakwah, pengimarahan dan pembangunan secara fizikal.